Thursday 17 May 2012

Kenali Kami



Peneraju utama syarikat ini ialah Nurul Najibah binti Remali, berumur 25 tahun. Nama syarikat N&N Style ini diambil sempena singkatan nama pengasas syarikat ini. Syarikat N&N Style ini mula diperkenalkan pada awal bulan April 2012 dan telah mula berkembang dan menarik hati pelanggan biarpun ia baru bertapak di dalam industri perniagaan ini. Slogan bagi syarikat ini ialah ‘pemakaian tudung melambangkan keperibadian wanita'. 
Matlamat yang diinginkan melalui penubuhan syarikat ini adalah untuk menghasilkan satu produk yang dapat memberikan keyakinan dan kecantikan kepada si pemakai secara semulajadi. Ingin ditegaskan disini, pada permulaan penubuhan, syarikat ini hanya mempunyai modal sebanyak RM 5000 sahaja untuk menampung segala proses pengeluaran produk dan untuk membayar gaji pekerja yang pada ketika itu hanya 3 orang sahaja tidak termasuk pengasasnya. Keadaan ini merupakan satu cabaran dalam meneruskan lagi perniagaan walaupun pada permulaannya ia mempunyai banyak kesulitan yang memerlukan komitmen yang tinggi dari pengasasnya.
Selain itu, syarikat dijalankan terus selepas dirasmikan dan sekarang dalam proses untuk mendaftarkan syarikat ini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana ia mengambil masa untuk menyiapkan segala prosedur yang diinginkan. Syarikat ini sekarang hanya mempunyai satu cawangan sahaja di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini beralamat pada::::

No 615, Jalan Sungai Dusun, 15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.  
Boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan di nombor telefon iaitu 04987234 atau faks 04987098.
Melalui email peribadi pengasas iaitu gee_3110@yahoo.com dan email syarikat iaitu style04@yahoo.com   manakala website: www.n&nstyle.com.my.

0 comments:

Post a Comment